Hukum Mengambil Insurans
Assalamualaikum,
Hari ini admin ingin kongsikan semula satu page yang admin telah post sebelum ini. Konsep penting yang mesti difahami oleh semua sebelum mengambil sebarang polisi insurans atau takaful.
Apakah hukum mengambil insurans?
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke16 pada 15-16 Feb 1979 telah memutuskan bahawa insurans nyawa adalah haram kerana mengandungi unsur-unsur gharar (ketidaktentuan), maisir (judi) dan riba. Baca di sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/insurans-0
Apakah itu gharar, maisir dan riba?
Gharar (ketidakpastian)
Ia merujuk kepada ketidakpastian dalam undang-undang Islam, iaitu penipuan bertujuan dan penipuan serta kejahilan terhadap barang jualan dan ketidakpastian penghantaran barang.
Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana melibatkan perkara yang meragukan dan mengandungi ketidakpastian. Hal perkara kontrak mengandungi ketidakpastian sehingga peristiwa diinsuranskan telah berlaku.Ini kerana jumlah yang dibayar oleh kedua-dua pihak tidak diketahui sepanjang tempoh kontrak.
Berdasarkan syariah Islam, semua maklumat berkaitan kontrak mestilah diketahui pihak yang berkenaan, jika tidak, kontrak akan menjadi tidak sah.
Maisir (judi)
Ia bermaksud perjudian, bermakna mengawal risiko yang melibatkan harapan terhadap keuntungan dan takut rugi,
Islam melarang semua jenis judi.
Riba
Terdapat 2 situasi riba dalam insurans hayat.
Pertama, jumlah wang yang diterima oleh orang yang diinsuranskan, sama ada apabla berlaku peristiwa yang diinsuranskan atau apabila polisi matang, kebanyakannya melebihi jumlah sebenar premium yang telah dibayar.
Kedua, riba dalam pampasan insurans konvensional datang daripada keuntungan yang dikumpulkan melalui urusniaga berkaitan dengan riba.
(Rujukan- PruBSN Edge)
Bagaimana dengan pampasan polisi insurans konvensional?
Pampasan polisi insurans konvensional juga adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah. (Baca di sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/status-pampasan-polisi-insurans-konvensional-selepas-kematian-pembeli-polisi)
Oleh itu, marilah kita berusaha untuk menjauhi unsur-unsur haram dalam hidup kita dengan menyertai pelan takaful dan meninggalkan pelan insurans konvensional.
Comments
Post a Comment