Posts

Showing posts from November, 2015

Hukum Mengambil Insurans

Assalamualaikum,  Hari ini admin ingin kongsikan semula satu page yang admin telah post sebelum ini. Konsep penting yang mesti difahami oleh semua sebelum mengambil sebarang polisi insurans atau takaful. Apakah hukum mengambil insurans? Persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke16 pada 15-16 Feb 1979 telah memutuskan bahawa insurans nyawa adalah haram kerana mengandungi unsur-unsur  gharar  (ketidaktentuan),  maisir  (judi) dan  riba . Baca di sini  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/insurans-0   Apakah itu gharar, maisir dan riba? Gharar (ketidakpastian) Ia merujuk kepada ketidakpastian dalam undang-undang Islam, iaitu penipuan bertujuan dan penipuan serta kejahilan terhadap barang jualan dan ketidakpastian penghantaran barang. Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana melibatkan perkara yang meragukan dan mengandungi ketidakpastian. Hal perkara kontrak mengandungi ketidakpastian seh...