Produk PruBSN Link Series

Assalamualaikum,

Hari ini, admin ingin menerangkan secara ringkas salah satu produk paling popular iaitu produk Link Series (berkait pelaburan). Ia dipanggil Link Series kerana sebahagian daripada sumbangan yang dibuat dilaburkan ke dalam dana tertentu. 3 dana bagi produk Link Series adalah Takafulink Dana Urus, Dana Bon dan Dana Ekuiti. Kesemua dana Takafulink dilaburkan ke dalam saham dan sekuriti yang patuh syariah.


Terdapat 3 pilihan dalam siri ini:

1. SmartLink
Produk ini adalah bagi dana pendidikan anak-anak yang masih belajar. Ia menyediakan pelan perlindungan dan persediaan untuk pendidikan anak-anak anda. Ia disediakan untuk anak-anak di antara 1 tahun ke 18 tahun.

Selain manfaat am Link Series (klik di sini), satu ciri istimewa produk ini adalah ia menawarkan hadiah bagi kejayaan dalam peperiksaan seperti berikut.



2. FirstLink
Produk ini sesuai jika anda berumur di antara 19 ke 25 tahun. Ia menawarkan manfaat am Link Series (klik di sini).  Anda boleh memilih pelan anda matang apabila anda berumur 80 tahun atau 100 tahun. 

Selain itu, tawaran unik dengan PruBSN FirstLink memberikan hadiah RM500 jika peserta mencapai salah-satu perkara di bawah sebelum mencapai umur 50 tahun. Tuntutan boleh dibuat sekali sahaja.
  • Membeli rumah pertama anda
  • Berkahwin
  • Apabila anak anda dilahirkan
  • menunaikan ibadah haji
  • menunaikan ibadah umrah
  • memperoleh ijazah pasca siswazah
3. Takafulink
Produk ini sesuai jika anda berumur 26 tahun ke 70 tahun. Ia mencapai matang apabila anda berumur 80 tahun atau 100 tahun.  Terdapat manfaat am (klik di sini) dan pilihan manfaat tambahan untuk membantu anda menguruskan keperluan hidup yang pelbagai. 


Entri ini hanya membincangkan produk Link Series secara ringkas. Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh muat turun brochure PruBSN Takaful untuk Link Series (klik untuk layari atau muat turun) atau hubungi ejen anda Taufiq di 0192648603 (panggilan/sms/whatsapp).

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat Menjadi Ejen PruBSN Takaful

Pendapatan/Komisyen Sebagai Ejen Takaful

Privacy Policy for Hizmet Empire